PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR 
KAMPUS PUNCAK ALAM 

IKLAN KEKOSONGAN PERKHIDMATAN SKIM KHIDMAT PELAJAR 

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM Puncak Alam / Puncak Perdana untuk melaksanakan tugas perkeranian dan pengurusan perpustakaan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam di bawah Skim Khidmat Pelajar (SKP).

Jenis Perkhidmatan : Perkeranian
Tempoh : bermula Jan 2018 (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8:00 Pagi hingga 5:00 petang
Kadar Bayaran : RM 4.00 sejam

Keutamaan adalah kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan memperolehi HPNG tidak kurang dari 2.3 Pelajar yang telah tamat pengajian tetapi belum konvokesyen digalakkan memohon. Kekosongan perkhidmatan adalah terhad.

Borang permohonan boleh didapati di :-

Bahagian Pentadbiran Perpustakaan
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Kampus Puncak Alam
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
(8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Tel: 03-32584280/4237 
Emel: immaz272@salam.uitm.edu.my

PTAR Puncak Alam akan menganjurkan Disability awareness walk sempena Program Special day @ PTAR 2017. Aktiviti dijalankan bagi mewujudkan kesedaran dan keprihatinan warga Kampus terhadap Golongan kelainan Upaya yang berada di kalangan komuniti Universiti. #WeloveWecare



Jom sertai kami..Penyertaan adalah Percuma. Sarapan pagi dan kupon aktiviti disediakan. Jam latihan akan direkod (Staf).

Sila berikan nama dan No.Pelajar/staf di Kaunter Khidmat Pelanggan PTAR bagi tujuan penyertaan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-32584237/4258





JOM SERTAI CABARAN “PTAR READING CHALLENGE- 10 BOOKS IN 30 DAYS”

Bermula bulan NOVEMBER – DISEMBER 2017, kami mencabar warga kampus untuk meminjam dan membaca 10 naskhah buku dari PTAR dalam tempoh 30 hari. 


Kategori bahan bacaan adalah seperti yang dipaparkan pada poster.  

Penyertaan terbuka kepada semua warga kampus Puncak Alam. Sila dapatkan borang penyertaan di Kaunter Khidmat Pelanggan. 

 Hadiah menarik menanti anda😅