IKLAN KEKOSONGAN PERKHIDMATAN SKIM KHIDMAT PELAJAR 2018

PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR 
KAMPUS PUNCAK ALAM 

IKLAN KEKOSONGAN PERKHIDMATAN SKIM KHIDMAT PELAJAR 2018 

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM Puncak Alam / Puncak Perdana untuk melaksanakan tugas perkeranian dan pengurusan perpustakaan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam di bawah Skim Khidmat Pelajar (SKP).

Jenis Perkhidmatan : Perkeranian
Tempoh : bermula Mei 2018 (Isnin hingga Jumaat)
Masa : Dihadkan kepada maksima 9 jam sehari (45 jam seminggu)
Kadar Bayaran : RM 4.00 sejam

Keutamaan adalah kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan memperolehi HPNG tidak kurang dari 2.3 Pelajar yang telah tamat pengajian tetapi belum konvokesyen digalakkan memohon. Kekosongan perkhidmatan adalah terhad.

Borang permohonan boleh didapati di :-

Bahagian Pentadbiran Perpustakaan
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Kampus Puncak Alam
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
(8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Tel: 03-32584280/4237 
Emel: immaz272@salam.uitm.edu.my

No comments:

Post a Comment